Thursday, 1 August 2013

Soalan Objektif


  1. Gambar berikut menunjukkan tinggalan bandar terancang dalam tamadun Indus.
            Apakah faktor kejayaan pembinaan bandar tersebut ?
            A) Kemajuan ilmu geometri
            B) Kemasukan buruh luar
            C) Kegiatan keagamaan
            D) Keluasan tanah
        
     2.   Senarai berikut merupakan dua buah patung yang ditemui di Lembah Indus.
  • Patung proto-Siva
  • Patung Tuhan Ibu
           Apakah kepentingan penemuan tersebut ?
           A) Menunjukkan kreativiti rakyat
           B) Membuktikan kewujudan agama
           C) Menunjukkan ketinggian budaya
           D) Membuktikan kemajuan seni arca

     3.   Masyarakat tamadun Indus telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan tamadun Mesopotamia 
           zaman kegemilangannya.
           Apakah bukti jalinan hubungan perdagangan tersebut ?
           A) Penemuan patung dewa Brahma 
           B) Penemuan artifak manik
           C) Penemuan wang perak
           D) Penemuan cap mohor

     4.   Senarai berikut merupakan dua bandar penting dalam tamadun Indus.
  • Sukagen-Dor
  • Lothal
          Apakah kepentingan bandar-bandar tersebut ?
          A) Bandar contoh
          B) Pusat keagamaan
          C) Bandar pelabuhan
          D) Pusat pentadbiran
      
     5.   Senarai berikut menunjukkan faktor kehancuran tamadun Indus.
  • Banjir
  • Gempa bumi
  • X           
           Apakah X ?
           A) Peperangan saudara
           B) Pemberontakan rakyat
           C) Diserang oleh orang Aryan
           D) Diserang oleh orang nomad



JAWAPAN : 
  1. A
  2. B
  3. D
  4. C
  5. C

Ciri-ciri Tamadun Indus

A). Pertempatan Kekal

  • Petempatan kekal di tamadun Indus telah membawa pembentukan bandar terancang.
          Pembentukan Bandar Terancang
  1. Bandar akan dibahagi kepada dua bahagian yang dikelilingi oleh tembok. Bahagian utama ialah pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan pentadbiran, tempat penyimpanan hasil serta tempat mandi awal yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan. Bahagian kedua ialah kawasan perumahan. 
  2. Bandar terkenal dengan sudut susun atur yang sistematik. Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat ; setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus antara satu sama lain. Bandar jenis ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, sumbangan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba.
  3. Bandar akan dilengkapi dengan sistem kumbahan yang terancang.
  4. Bandar juga akan terdapat sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
B). Organisasi Sosial 
  • Jumpaan arkeologi hanya membayangkan masyarakat tamadun Indus dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu golongan atasan dan golongan bawahan.
  • Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang. Kelas utama ialah pendeta yang berkuasa besar dan berpengaruh besar dalam aktiviti masyarakat terutamanya kegiatan keagamaan kerana pendeta dipercayai telah memegang tampuk, tiada bukti tamadun Indus mempunyai kuwujudan raja dan golongan bawahan memberikan ketaatan.
  • Golongan bawahan terdiri daripada petani, buruh dan hamba. Petani bertanggungjawab kegiatan pertanian dan memberikan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa. Buruh bertanggungjawab kerja pembunuhan seperti membina terusan, menjaga kebersihan bandar dan membina tembok di benteng.
C). Pengkhususan Kerja
  • Tamadun Indus telah menjalankan perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.
  • tamadun Indus telah menjalankan perdagangan dengan Mesopotamia. Buktinya, penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia. Cap mohor melambangkan pengenalan diri seseorang atau sekumpulan pedagang.
  • Hasil perdagangan utama ialah emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian.
  • Golongan petani akan bertanggungjawab bercucuk tanam terutamanya tanaman makanan.
  • Golongan artisan juga terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam serta barangan tembikar.